<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=7961391&amp;blogName=a+walk+to+remember&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLACK&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http://haq89.blogspot.com/search&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http://haq89.blogspot.com/&amp;vt=-3514613267127131243" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>
Sunday, April 11, 2010


Dapatkannya di pasaran sekarang :)


Sakit Hati
Monday, March 22, 2010

Bila kita sebut pasal sakit hati, ia boleh disifatkan dengan pelbagai pengertian. Dalam dunia ni, mesti ramai antara uols yang pernah mengalami ataupun berkerja dengan orang yang selalu sakit hati ataupun iri hati dengan uols, tak kiralah di tempat kerja ker, di sekolah ker atau di persatuan yang uols involve in.

Iri hati- adalah suatu sifat yang tidak senang akan rizki / rejeki dan nikmat yang didapati oleh orang lain dan cenderung berusaha untuk menyainginya.

Satu benda yang iols tk faham, kenapa org selalu iri hati dengan nikmat yang org lain perolehi? Nikmat apa? Nikmat mendapat MC yang diluluskan oleh doktor!!!!

Kenapa kadang-kala, bila kita berkerja, dan member kita dapat cuti MC, kita iri hati ataupun rasa kurang senang? Dalam hal sebegini, kadang-kala buat iols terfikir, ada dia curik ko punya MC ker?  Memang aku tk faham.

Ada satu member aku ni, sempat kata dekat aku, kononnya, dia tu, kalau demam pun sanggup datang kerja dan sebagainya. Dan aku ni?? Setakat sakit light light jaaaa, dah nak mintak cutii.. Helloooo. Ada aku kesaahhh??? Kalau ko yang sakit, dan ko yang tk nak jumpa doktor untuk ambik MC, jadi masalah aku kahhh? Kalau aku nak ambik MC pulak, apa kena mengena dengan ko kann?? Ada ko bayar gaji aku? Kang kalau melenting, dikatakan sensitive pulakkkk... Tak faham iolss!!

Kalau di National Service ni, ada lagi satu fenomena dengan frasa 'keng ahhh'... Kiranya, uols propa jaaa uols sakit, walhal, padahal padahal.. Hellooo. Kalau aku keng ker, kang ker, kong ker, aku punya suka lah. Ada aku mintak ko pinjamkan ko punya hari MC untuk aku ker? Lagipun, gaji i cippooottt jaaaa. Motifff aku perlu kerja ala-ala gaji aku berjuta dalam sebulan? Kalau aku nak keng pun, aku hanya bole katakan, 'harrrrusssssss..!!!'

So ramai-ramai jom, "i foolllowwwww....." hehe!


Wednesday, March 17, 2010

Dapatkan Majalah Selebriti Edisi Mac' 2010. ;)


si kembar
Thursday, March 11, 2010


Siti Nour Kaseh, Muhd Ariel :D


Debat Temasik
Monday, March 08, 2010

Saja nak blog pasal Debat Temasik. Memang akan menjadi agak boring blog entry ni. Biasalah uols, tak semua orang akan rasakan yang Bahas itu sesuatu yang menarik. Tapi, tetap nak blog juga, sekurang kurangnya, dapat memberi satu pengajaran kepada yang membaca.

Sebelum den nak mengkritik, den nak ucapkan ribuan tahniah kepada NTU perbayu dan juga Khairul, kerana sudah susah payah, bertungkus lumus berkerja bersama-sama untuk kembali menghidupkan Debat Temasik, ataupun yang lebih dikenali sebelum ini, Debat Varsiti. Apa itu Debat Temasik? Debat Temasik merupakan satu-satunya pertandingan bahas antara pelajar-pelajar Universiti di Singapura. Sebelum ini, Debat Temasik 'diperapkan' seketika. Atas urusan apa? Den pun tk pasti.. Politik kot..

So, untuk Debat Temasik ini kembali memberi ruang untuk para pembahas bertikam lidah, is a good start! A very good one indeed! Tahniah sekali lagi.

Ok, mula sesi kritik mengkritik.

Pertama, rasanya jumlah pasukan yang masuk, kurang memberangsangkan. And den dengar cerita jugak, ada juga pelajar-pelajar dari uni-uni atau private college yang lain (spt SMU, SIM) yang ingin menyertai Debat Temasik ini, tetapi impian mereka, terkandas di tepi jalan. Kenapaa? Kerana, mereka tidak berjaya mengumpul para pembahas dari Uni mereka, untuk menjadi sekumpulan. So, memang rasa terkilan sebab beberapa bakat tersebut tidak dapat diberi peluang, hanya kerana, mungkin Uni ataupun Private College mereka tidak mempunyai jumlah pelajar melayu yang ramai (untuk melengkapkan jumlah sepasukan pembahas). Solusinya? Jawatankuasa sepatutnya ataupun boleh memberi peluang (di masa hadapan) kepada mahasiswa dan mahasiswi dari Uni lain ataupun Private College untuk mengadakan kumpulan sendiri, yang terdiri dari pembahas-pembahas dari universiti-universiti yang berbeza (ala-ala rojakkk lahhh uols).

Rasanya, kebebasan ini lebih adil, dan ia akan membuka ruang yang lebih banyak untuk kami melihat wajah wajah baru untuk cuba berbahas. Bukan itu sahaja, langkah ini pun lebih relevan kot. Sebab, dalam Singapore ni, bukan hanya ada dua Uni iaitu NTU dan NUS sajaaa uolsss.. Zaman sekarang ni, macam macam kolej dan private U yang sedia ada.. So, kita harus lah bersikap terbuka dan mass appeal kepada sekumpulan minoriti ini jugak.. Kiranya, Debat Temasik ini, tidak perlu menjadi Debat "antara universiti universiti". Tetapi, ia merupakan Debat antara "pelajar-pelajar universiti". Vasttt kan?? Terima kasih!! Muahaua..

Kedua (ceehhhwahh, mcm aku pulak yang berbahas. haha). Mauduk yang diberikan untuk sesi finals tu, memang yangggg hazabbbb sangattt!!! Adoii, tk faham lah siapa yang mengeluarkan mauduk sebegitu. Apa pun, aku tertanya tanya, siapa ah yang buat mauduk ala-ala yang adoooo tuu!!! Tak penting sangat mauduk tuu! Kalau uols nak tau, mauduk dia adalah: "Bahas Melayu mampu mengungkap segala bidang seperti sains dan teknologi".

Selepas jer bahas tu, ketua pengadil beri komen kepada pihak pencadang, "Anda gagal mengupas mauduk tersebut". Dalam hati den, hellllloooo!! Tengokkk jaaa lah mauduk dia yang ala ala hazappp tuuu. Macam mana you nak pihak pencadang mengupasnya dengan penuh? Apa tak nyaa.. Mauduk ni berserabut sangat. Segala bidang? Helloooo (lagi sekali)! Uols tau tak berapa banyak bidang ada dalam dunia ni?? Tak kan lah uols nak suruh pembahas berjela jela menceritakan bidang-bidang yang ada.. Lepas tu, uols tetap nak selitkan sains dan teknologi. Apa sebenarnya orang yang buat mauduk ni nak raikan pada akhirnya? Mauduk ni, terlalu sangat menyeleweng kepada quantiti, dan bukan qualiti. Sepatutnya, subjek debat itu, ditetapkan terus, jadi, qualiti debat itu akan lebih menyerlah dan menyengit. Contoh mauduk yang sepatutnya diberikan ialah: "Bahasa Melayu mampu mengungkap bidang sains dan teknologi". 

Ketiga dan yang terakhir, tema untuk Debat Temasik ni, memang lah sungguh membosankan. Setiap kali aku pergi tgk debat, mesti jer ada org nak berbahas pasal bahasa melayu lah, budaya melayu lah, sikap orang melayu laaa.. Memang bosan sangat. Hari-hari i baca suratkhabar Berita Harian pun, dapat lahhh berita pasal sikap ataupun tradisi dan budaya org Melayu, tak kira yang baik ataupun yang buruk. Rasanya, ada lagi banyak topik-topik penting yang boleh diutarakan selain pasal Melayu, Melayu, Melayu. Mungkin, untuk satu permulaan, masih boleh dimaafkan lagi kott.. Tapi, den tetap tak faham kpd sesetengah org ni, tak habis2 nak berbual dan menggunakan topik2 orang melayu ni. Akhirnyaa?? Yanggg adooo!!!

Itu saja, apa pun, tahniah lah nak diucapkan kepada yang menang dan yang kalah, kerana den percaya, perjalanan ini memberi uols semua seribu satu kenangan yang tidak dpt dilupakan. Of cause, kepada kawan ku yang meleeeetttsss sekali, Emelda Jumari, tahniah kerana memenangi pembahas terbaik. You, memang meletop! :)

and also,

thanks N,T and K for the night. Sayang korang, wahai familiku. hehe!

T dgn Bf baru dia, renungan mata ke mata. Kelass.

Itu dia, K sebagai Singapore Next Top Taxi Model. HAHAA. And N, aku sayang ko!


BAD BAD START
Monday, February 22, 2010

hari ini, memang lah malang sungguh...
baru hari Monday jaa, dah datang lambat untuk kerjaa..

Motif sangat lambat seminit ja, dah kena kunci pintu, terpaksa diri luar pagar..
Dan punishment dia??
Haruslah kena confine, berdiri di penjuru carpark, selama satu jam..
Nasibbbb laaa denda dia ala-ala denda budak-budak sekolah menengahh. hahahha!
harap-haraplah nikali pertama dan terakhir...

kaedahnya, terfikir jugak, macam mana bole terlambat, sedangkan, aku tetap bangun 620 jugakk....
tup tup tup... rupanya, aku tersetting hp aku punya timing jadi delay 10 minit.. bley???
ting tong sangat rasanya....
tu yang sampai keluar rumah lambat, tapi feeling jalan slow motion, katanya...masih awal lagikkkk!!
mati mati.

pengajarannya: jangan lah selalu over konfiden uolss!! keke.


HAKIM YUSOFF
the sensitive new age guy

"Fashion fades, only style remains the same.
Coco Chanel
French Fashion Designer


20,
Early Childhood Educator
Active Debater
Media and Arts Enthusiast
Loves Reading & Chocolates
Filled with abundace of Narcissism






Tagboard
scream out loud

Links
you're on your way

Adiratna NP Adee Adi Atiq Ama Amalia Amira Tun Nafisah Azuan
Cendekiawan NP Cendekiawan Multiply Christina
Desperate H. Dian Dila Kecik
Eera Edmund Ekynn Fanah Fai Fattanah Fiqah Fiqa Perm FizoTheBest Fyza
HaMizAh Hidayah Aziz Hairil Haiqal Irma Illya Ina Imran Jia Hui
Karlos Chanel Keyis Kyn
Lala Linda Myra Mira Naq Nana Sugarpie
Paduka NP Rahayu Safiah Saiful Shila Sopi Syco Tina
UnGuS Wan Deris YusED Yaty
ZianaFolks Forum Zianafolks Blog Zuli

Archives
gone with the wind

January 2010
February 2010
March 2010
April 2010

Credits
take a bow

Designer
Inspiration


MusicPlaylist